Dumped ?

Harini aku nak cakap pasal "dumped" korang tau dumped tuu apa ? As i know , dumped tuu mcm kau di clashkan oleh pakwe ke makwe kau . Aha . Okay , kenapa aku nak cerita pasal benda ni ? Sebab aku rasa benda ni macam berjangkit dan berkait . Mana taknya , aku baru ja kena dumped dengan someone then aku punya sahabat pun kena . Korang mesti cakap "alaa biasalah tuu" "adat berpasangan" "takda jodoh" dan sebagainya kan ? Aku faham kenapa korang akan cakap macam tuu . Tapi korang pernah tertanya tak macam mana perkara macam ni boleh terjadi ? Well , this is the answer

First of all , ceritanya bermula dari aku , aku baru ja kena dumped dengan someone yang aku sayang sangat , sayang aku tuu sampai ke hari aku menaip entri ni pun aku masih sayang kat dia . Mesti tertanya kenapa aku boleh kena dumped dengan dia ? Okay , sebab dia kata dia takda hati nak bercinta atas sebab sebab yang hanya aku dan dia ja yang tahu . Dan aku dengan baik hatinya lepaskan dia dengan cara baik . Tapi lepas a few week , he meet his new girlfie and me was like "damnn you" hahaha . Gila kau tak cemburu , marah jangan cakap lah , come on guys , aku manusia mana boleh tipu hati aku tapi aku boleh tipu dia , pura pura macam aku takda heart feeling lagi dengan dia , padahal bila dia chat aku , aku punya senyum , aku punya gembira ALLAH ja tahu , bila dia sentuh pasal orang lain aku sedaya upaya bagi nasihat yang terbaik . Mungkin sebab aku nakkan yang terbaik untuk dia , you know what , maybe this we call as true love , aku support dia dengan awek dia sepenuhnya , walaupun hati aku tengah ditebuk hidup hidup , aku tahankan ja , aku percaya ALLAH nak uji aku , nak jadikan aku lebih tabah dan aku belajar dari kesilapan aku

Aku tak rasa rugi bila jadi macam ni aku rasa ni kifarah atas kesalahan lama aku . Bila semua ni jadi , aku dah mula hilang diri aku yang lama , yang ceria , kecoh , bising , happy go lucky , periang . Semuanya hilang secara perlahan tanpa aku sedar . Semua tegur "kau dah lain Wany" aku baru sedar , kerana cinta manusia aku binasa , bukan salah dia tapi salah aku sebab pilih jalan yang salah

Betul orang cakap kalau nak jatuh cinta tuu sekilas pandang pun dah boleh jatuh cinta , inikan lagi mengadap muka orang yang kita sayang tuu hampir setiap hari . Dahtu bila dah berpisah kau nak lupa bukan main payah , lepastu mulalah merapu buat benda pelik . Macam tuu jugak sahabat aku , bila sama sama kena dumped aku rasa macam , weh biar aku jelah yang tanggung benda ni walaupun kadang kadang aku rasa lebih baik mati dari tanggung sakit yang bukan kepalang ni , janganlah korang yang kena , sakit sangat wehh . Aku ni yang baru ja dah sakit macam nak mati , korang lagilah dah bertahun , dah siap nak tunang lagi . Aku tak dapat nak bayangkan bertapa sakitnya korang nak tanggung sakit ni

Malam semalam kita lepak , mencurahkan segala masalah masing masing , aku ingat aku yang paling teruk , tapi lepas dengar masalah korang , aku hampir mengalirkan air mata , korang tak nampak kan ? Ya itulah aku , aku takkan pernah menangis depan korang walaupun sebesar dan seberat mana masalah yang aku tanggung

Ema aku tahu kau kuat , jangan disebabkan lelaki kau berubah ke arah yang macam tu , kitorang sebagai sahabat kau masih mampu membahagiakan kau , bukan dengan cara yang kau pilih ni . Aku tahu , 5 tahun bercinta bukan senang kau nak lupa semua kenangan bersama , pahit manis bersama hilang begitu saja . Cuma satu , ingat pesan Shasha "jangan menangis disebabkan lelaki , dia tepuk tangan bila kita menangis disebabkan dia" belajar Ema , belajar dari salah kita

Shasha , gadis paling tercantik dan tersopan antara kita . Tiap yang melihat mesti tertarik . Dulu seorang gadis yang mudah berubah hati , tapi kini menjadi gadis yang matang dan setia , tapi sayang , kesetiaannya dirobek macam tuu ja , hampir semua persiapan pertunangan dah dibuat tapi apa yang jadi ? Kau ditinggalkan macam tu ja , jantan tak guna tuu tinggalkan kau tanpa khabar berita , kemana perginya sumpah bakal mengahwini kau ? Sumpah atas nama ALLAH serta rasul . Astagfirullah hal azim , wahai jantan tak guna , ingatlah kau , kau bakal makan sumpah yang kau lafazkan , kau tunggu kifarah kau tak lama lagi . Kau ingat sahabat aku lemah macam dulu ? Kau silap . Aku akan pastikan kau akan menyesal buat dia macam tu , kau bukan sahaja memalukan dia , kau memalukan keluarga dia serta nama seorang polis , kononnya polis penyiasat . Heh . Kau hanyalah DAYUS , ya DAYUS . Aku akan pastikan ALLAH balas kau setimpal dengan kesalahan kau dan akan aku pastikan hati Shasha yang lembut tuu takkan berlembut lagi dengan kata kata manis kau yang plastik

Sungguh aku percaya , bahawa perempuan baik dengan lelaki yang baik , bergitu juga sebaliknya . Mungkin antara korang akan cakap "eh , ada jugak yang baik untuk yang jahat" ya aku tahu , tapi kau tahu tak yang jahat itu mungkin akan berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya , begitu juga yang baik . Mungkin juga dia baik tapi dimata kita jahat . Manusia , susah nak dirungkai . Wahai sahabat , ingatlah , jodoh kita telah ditetapkan ALLAH , cuma lambat atau cepat ja ALLAH nak bagi . Ada satu hari aku dengar tazkirah daripada seorang seorang ustaz ni dia cakap ALLAH dah tetapkan satu nama sebagai jodoh kita . Tapi ada pendengar yang bertanya "ustaz kalau betul semua orang ALLAH dah tetapkan jodoh , kenapa masih ada orang yang masih belum bernikah sampai ke akhir hayat ?" Tahu tak ustaz tu jawab apa ? Dia cakap "ALLAH dah tetapkan semua jodoh , tapi kalau masih ada yang belum bertemu jodoh sampai ke akhir hayat mereka , mungkin jodoh kamu dah meninggal atau belum dilahirkan , kerana ada jugak yang bertemu jodoh dengan orang yang lebih muda , contohnya muda 20 tahun" aku pun terfikir , ohh macam tuu rupanya . Itulah kali terakhir aku berfikir soal jodoh , sehingga hari ini aku tak pernah fikir soal lelaki , jodoh , mahupun nikah , bagi aku , aku dah buangkan semua fikiran aku berkaitan benda ni semua , satu masa nanti akan aku cari dan fikirkan semula . in sha ALLAH

Welcome twently little girl

Selamat ulang tahun kelahiran yang ke 20 Untuk diri sendiri dan juga kembar tarikh lahir iaitu Azahari my ex primary schoolmate dan sekarang dah jadi polimate serta coursemate merangkap senior aku . Berkongsi tarikh lahir tak semestinya perangai sama , aku pandai sikit dari dia dan dia pandai banyak dari aku . Hahahaha . Dulu masa sekolah rendah memasing muka selenge ja , tapi bila dah besar ni makin handsome pulak si Azahari ni , ramai tegur kata dia handsome . Okay kalau kau baca confirm kembang . Haha . Tapi ni real beb . Tak tipu , puji ikhlas . Hee ✌️

Okay meningkatnya umur aku ke 20an maka selamat tinggallah 10an aku mesti rindu angka belasan tahun . Macam tak sangka dah 20 and people will say "eh dah 20 dah boleh kawin ni" heh . Nyampah pulak bila orang cakap macam tu . Well sebenarnya aku berharap aku akan jadi lebih matang dari sebelum ni . Berubah , itu ja yang aku harapkan . Semoga ini menjadi titik permulaan perubahan aku . in sha ALLAH

Aku tak kesah sangat kalau ada yang lupa birthday aku , tapi kalau sahabat aku lupa memang aku gigit lepastu hisap darah korang , sampai hati lupa ey . Hahaha . Cause you all is the one and only that i need to complete my life after my family . Dan aku belajar satu perkara , men and women cant be bestfriend

Melalut apa tah

Thanks Maxis sebab ingat hari kelahiran aku , for sure hari ini sangat bermakna untuk aku . Tapi aku tak berharap maxis jadi orang yang first wish aku . Aku harapkan orang lain yang aku rasa langsung takkan ingat , sebab aku tak sepenting dulu dalam hidup dia sekarang ni . But its okay . Aku dah belajar lupakan walaupun sakit , ya as you know nak move on bukan senang macam kunyah makanan . Aha . Semua tuu memerlukan kesabaran serta istiqamah . Mana taknya sejak aku dah tak macam dulu dengan dia , setiap yang aku nampak mesti berkait dengan dia , dan setiap apa yang aku buat mesti ingat dia , sampai sahabat aku sendiri kata aku dah tak betul . Yelaa , tiba tiba gelak , lepastu sedih , lepastu marah , tak ke gila ? Hahaha . Sebenarnya flash back memories yang buat aku jadi macam ni . Tengah sibuk buat kerja tetiba ja terbayang , gila payah kot nak lupa . Bak kata Mine takyah yang bercinta yang suka pun nak lupakan susah . Hmm

Guess what ? Alhamdulillah sekarang aku dah mula move on , kalau dulu aku cepat emosi kalau bercerita pasal dia , sekarang aku bukan ja boleh cerita pasal dia , contact dengan dia pun boleh siap gelak lagi . Tapi aku kurangkan sebab takut perasaan ni lagi susah nak buang . Hati memang cepat berubah . Aku pun dah mula terima dia dengan orang lain . Aku tahu dia bukan jodoh aku , sebab kita tak selalunya dapat apa yang kita nak . Macam yang kita selalu dengar "lelaki yang baik untuk perempuan yang baik , bergitu jugak sebaliknya"

Sejak haritu aku memang sungguh sangat tutup pintu hati aku . Sampai orang nak berkawan pun aku layan macam nak taknak . Bukan apa , aku takut jadi benda yang sama . Mungkin aku belum cukup matang untuk benda yang merepek macam ni . Aku baru nak masuk 20 . Chill , awal lagi , banyak masa nak enjoy . Haha . Untuk pertama kali aku rasa sayang teramat sangat kat someone , sebelum ni dengan orang lain senang ja lupa . But for this time , i think I'm gonna need so much time to cure this scars . Maybe ?

Holla ! Assalamualaikum , harini nak story pasal mak aku . Semalam lepas mak balik kerja dia panggil abang nak cerita apa tah lepas tuu aku pun pegilah menyibuk sekali . Hee ✌️Tiba tiba mak cakap , "ha pegi tutup pintu kejap" dalam hati aku terfikir mesti mak nak cerita benda serius and like i say mak pun mula bercerita pasal orang kat tempat kerja dia , ohh lupa nak cerita aku banyak mewarisi sifat mak aku contohnya muka , muka aku ni memang garang gila , kalau orang tengok sekali mesti tak berani nak tegur , sama macam kawan aku kat poli , tapi bila dah start tegur hang taulah bertapa peramah dan gilanya perangai aku . Tapi hakikat sebenar aku tak garang tapi lebih kepada brutal lah sebab itu cara aku protect diri aku , tapi brutal aku masih mengekalkan ciri ciri kewanitaan , takdalah sampai mencarut ke menjerit ke , bagi aku brutal tuu macam keras bukannya mencarut , pakai baju macam gengster ke apa , tuu kelaut habis . Okay dah mula melalut

Mak aku ni kat tempat kerja ramai orang sayang sebab mak aku tak hipokrit macam orang lain . Nak dijadikan cerita bos mak aku ni sayang sangat kat sorang pekerja dia ni , kau tahu dia sayang macam mana ? Dia sayang sampai orang tuu datang kerja tapi tak buat kerja , main handphone sepanjang masa , rehat lebih , kerja sambil lewa tapi dia tak marah langsung , dah tuu kalau orang usik pekerja dia sorang ni mesti dia backup . Bila mak cerita aku rasa macam aku nak pegi jumpa ja makcik tuu . Grr ! Dah tuu bila orang atasan panggil mak aku ke terserempak ke , bos mak aku ni dari jauh kabut datang dia takut mak aku mengadu . Padahal sembang mcm tuu ja . Bila aku fikir balik mungkin pekerja kesayangan dia dah "guna guna" kan dia , mana taknya semua salah dimata dia selain pekerja kesayangan dia tuu . Huh !

Aku dan abang mula bengang , mak terus cakap "takpa abang , kakak , ingat satu ja , mak kerja nak duit halal yang berkat nak bagi korang makan , biar orang buat kita , jangan kita buat orang , mak memang tak kacau hidup orang , biar lantak apa nak jadi cuma satu jangan kacau hidup mak , diorang kacau je , siap diorang , jangan panggil nama aku" aku pun mula gelak dengan abang , mak ni kelakar lah . Haha . Tapi aku tau sejarah hidup mak , mak bukannya perempuan yang lemah macam perempuan melayu terakhir , pukul orang semua pernah jadi makanan hidup mak dulu , patutlah orang tak berani kacau mak . Hee

Aku rasalah kan , abang , aku , abi dengan Ifah ni ikut jejak mak dengan abah kot , semua gengster . Haihh . Mana taknya abah pun lagi bos besar dari mak . Hahahaha ! Sebab kalau sebut nama abah ja semua macam buat baik dengan aku kat ofis ni . Ha lupa nak bagitahu , aku praktikal kat company yang abah kerja . Hee . Haa , sambung cerita , aku Alhamdulillah setakat ni takda gaduh besar macam adik aku si Abi tuu , dahlah tak suka pegi sekolah , tapi kalau kawan dia call kata ada gaduh harini kat sekolah tak payah kejut , awal dah keluar rumah , bila takda kes gaduh kejut sampai simbah dengan air haram nak bangun . Grr ! Abang aku baik sikit lah , dia kalau gaduh pun kalau orang tuu usik kawan dia , woooo dia pantang kalau orang usik kawan dia , perangai abang macam abah dengan aku , aku kalau orang usik orang yang kitorang sayang , memang kena punya , tak kiralah muda ka tua ka , budak kecik sekalipun papp kena

Aku mungkin dibesarkan dalam keluarga yang agak brutal tapi ukhuwah antara kitorang macam air takkan senang orang nak pisah kan . Heh . Aku langsung tak kesah kalau kawan kawan aku kata aku ni kasar , brutal ka apa , at least aku tak hipo macam orang lain , depan kawan mak ai mencarut bagai , depan orang lain mak ai , lembut nak mampus , cakap baik gila macam takda dosa . Puii . Aku pulak kalau aku marah orang tuu tapi aku sayang kat dia aku akan diam , dan takkan pernah tegur orang tuu sebab kalau aku cakap , aku tau akan jadi 2 benda ja , sama ada aku naik tangan atau end up jadi musuh . Sebab masing masing ego . Heh . Itulah aku , no compromise , melainkan memang salah aku

Flash back birthday

Hai hai hai , Assalamualaikum readers ! Harini tetiba rasa macam nak throwback last year birthday . Sebab ? Hmm , sebab aku rasa birthday aku tahun lepas paling aku ingat sampai bila bila . Pada tanggal 28 Ogos 2013 tepat jam 12 pagi aku dapat call daripada Julie , Nony dengan Dira *classmate aku* patutnya aku call diorang , tapi dah terbalik , diorang bukan setakat call untuk wish birthday ja siap nyanyi lagi , ya ALLAH tersentuh hati aku malam tuu rasa nak nangis ja . Paling aku hargai usaha diorang tuu . Isk isk 😂

Okay , next pada siang hari aku chat dengan someone special ni dan dia dah lama tahu birthday aku so tengah hari tuu dia BBM aku suruh keluar kejap , aku ni malas nak keluar tapi sebab dia kata urgent aku pun keluarlah dan ? Jeng jeng jeng , tahu tak dia bagi apa ? Secret Recipe cake !! Oh my favorite ever , paling aku terkejut dia bagi 2 slice and burger too . Dia macam tahu aku lapar . Hee . Thanks Mr. Chocolate really love it so much . Punya sayang nak makan cake tuu sebab takut habis . Hahaha , Wany Wany !

Sebenarnya ada satu lagi moment yang aku rasa sampai mati pun aku ingat . Pada tarikh 27 Ogos 2014 sehari sebelum birthday aku , aku lepak rumah classmate merangkap sahabat aku lepas habis kelas sebab ada assignment nak siapkan , aku pelik sebab Dayah dengan Tiha kata diorang nak pegi kedai , tapi aku pelik sebab selalunya kitorang akan pegi berempat , takpun salah sorang mesti ajak , ni tidak bila diorang lama sangat tak sampai baru aku tanya , rupanya Syha cakap diorang pegi kedai . Okay aku tak suspek apa apa pun , mana taknya kalau diorang buat mcm tuu esok ada lah suspek sikit . Sembang punya sembang dengan Syha tiba2 ada orang nyanyi lagu birthday sambil bawak kek , aku pelik jugak mulanya , birthday sapa ni . At the end diorang sebut nama aku , dengan muka terkejut aku tanya birthday siapa ni ? Sebab housemate si Syha ni pun nama Wanie jugak . Rupanya ? Diorang salah tarikh birthday aku . Hahaha , lepas tuu aku bantai lah gelak , kat profile fb kan ada birthday aku bukannya nak check kan dah malu , lepastu semua tuduh menuduh . Comel korang ni sebenarnya . Akhirnya diorang nak cover diorang cakaplah sebenarnya diorang nak celebrate birthday aku awal sehari . Tak kesah lah sayang , ni first time sahabat aku buat surprise macam ni , aku hargai sesangat walaupun salah tarikh . Sayang korang sampai bila bila . Aku rasa ada baiknya diorang sambut awal sehari sebab esoknya all classes cancelled lepastu hujan sampai ke petang

Tahun ni aku rasa there's no more surprise like last year , sebab tengah praktikal kan , mana ada masa nak jumpa diorang , semua duduk jauh , aku dengan Mr. Chocolate pun dah jarang contact , sahabat kat poli pun praktikal tempat masing masing , tapi Alhamdulillah aku masih dikurniakan MSM dan sahabat aku yang lain dekat sini aku cuma perlukan diorang setia dengan aku ja . Lagipun sejak hati aku ni hancur aku takda feel nak ceria macam dulu . Haha okay abaikan aku mengarut tu

Awek Chuck Taylor

Hi . Assalamualaikum ! Harini aku nak kongsi satu novel yang bagi aku sangat best . Senang cerita 9/10 rate yang aku nak bagi . Novel ni bertajuk Awek Chuck Taylor . Sebenarnya aku beli novel ni sebab cover dia lawa gila dan sebab aku memang suka pakai sneakers Chuck Taylor . Jadi tanpa pikir dua kali aku terus beli . Nak dijadikan cerita aku ikut family aku jalan2 dekat Melaka , dah alang2 dekat sana aku suruh abah hantar aku jumpa my dear KakLong . Dia praktikal kat MPH , jadi disebabkan dia lah aku beli buku tuu jugak

Serius supper awesome , aku recommend buku ni kat korang sebab dia bukan macam novel yang biasa kita baca , cara penulisan sangat berbeza and the most touched is this novel is based on real life . Penulis dia Nami Cob Nobbler , aku baru je berjinak dengan karya dia ni . Sumpah best kot . Lagi2 bila aku tau yang novel ni pasal kisah hidup dia lagi aku rasa berminat nak baca . Ending dia epic sangat sampai menitik air mata aku

Aku sebenarnya suka novel ni sebab banyak persamaan aku dengan karakter dalam novel ni , dia macam gabungan Mira , Hafiz dan Nana bila digabungkan akan jadilah "Wany" hahaha . Yang ni serius aku tak tipu . Tak sabar nak tunggu keluar tv pulak . Hee ✌️
Copyright© All Rights Reserved sikedingwanylee.blogspot.com