Si Pendek Sayang

Ahaiii , holaa , ehem ehem . Siapalah gerangan si pendek ni ? Yang ni hanya aku dan sahabat aku ja yang tahu . Penting sangat ke dia ni ? Penting weh ! Sama penting macam hidup korang takda internet . Haa macam tuu pentingnya dia dalam hidup aku . Dia takdalah pendek dari aku pun , lebih kurang tinggi aku ja . Aku panggil dia pendek sebab kalau ikut ketinggian lelaki dia masih ditahap pendek . Hahaha , entahlah aku suka panggil dia pendek , mungkin sebab . . . . Eh suka aku lah

Ya , dia cuma kawan , kawan masa susah senang , kawan gaduh , kawan bertekak , kawan untuk bermanja , kawan tempat ceritakan masalah , kawan yang macam kesayangan aku dah . Hahaha . Aku teramat sayang dia ni . Sayang lebih dari kawan , tapi biar aku sorang ja yang tahu , sebab kalau aku luahkan pun nanti rosak persahabatan kitorang , aku lebih selesa macam ni . Bila hubungan kawan ni lah aku boleh jumpa dia selalu , dia cerita semua apa yang dia nak cerita tanpa sorok satu pun , yang penting aku boleh selalu tatap muka dia yang bagi aku sedap hati memandang . Aishhh

Dengan pendek ni aku boleh sembang apa pun . Dia ni open minded . Cara dia berfikir jauh beza dari aku dan aku rasa dia orang kedua yang aku jumpa yang berfikir diluar kotak fikiran . Sejak aku berkawan dengan dia aku pun mula berfikir macam dia . Lagi satu kalau bab gaduh janganlah beharap nak menang , dia akan cuba untuk menang tak kiralah dia salah sekalipun , dia akan buat benda tuu jadi betul

Satu benda lagi yang aku suka pasal si pendek ni kan , english dia sangat super awesome . Aku selalu kena marah walaupun salah sikit , heh . Yang sakit hatinya dia sebelum nak betulkan mesti dia bahan kaw kaw punya . Aku kalau geram memang aku tarik hidung dengan telinga dia sampai merah , pahtu dia cakap "sakitlah" haa siapa suruh bahan aku . Heh

Btw , jumpa time konvo nanti tau pendek ! Aku harap bila aku jumpa kau time konvo nanti kau dah tinggi sikit . Hahaha . Rindu nak naik 125 dengan kau , teman kau beli beger tengah tengah malam , lepak KTM tengok air pancut dari awal sampai habis sambil dengar kau bebel pasal masalah kau yang tak pernah nak habis tuu , pasal motor lagi , aku tak pernah jemu dengar masalah kau . Aku suka dengar kau cakap , suara kau , walaupun kau pelat r kau tetap comel bagi aku , semua pasal kau aku suka . Kau gila dan alien serta zombie pun tetap aku sayang . Hahaha , walaupun kawan kawan aku tak suka aku rapat dengan kau . The moment yang paling aku takkan lupa bila kau ajak aku teman kau pergi cameron , padahal malam tuu planning , esok terus pergi . Ingat tak kau pernah tanya aku kenapa aku berani ikut kau ? Nak tau sebab apa ? Sebab aku percaya dekat kau . Lagipun esoknya birthday kau kan , aku ikutkan ja . Setakat cameron tu takda apa yang nak aku takutkan , lainlah kau ajak aku pergi tempat yang aku tak pernah pegi

Rindu kau pendek ! Alien ! Zombie ! Rindu nak urut kepala kau time kau kena migrain , rindu nak study sesama , rindu nak tarik telinga dengan hidung kau sampai merah lepastu kau mengalah dengan aku , rindu nak main rambut kau time kau tidur sambil kau dengar kau mengigau apa tah . Hahaha . Rindu nak usik perut kau yang katanya ada six pack lah konon . Padahal isi pun takda . Rindu nak smack down dengan kau . Rindu nak makan sama sama dengan kau . Rindu nak bahan kau kaw kaw . Rindu nak tengok wayang dengan kau . Paling aku rindu nak tengok muka kau lama lama sampai kau malu . Haha . Rindu jadi PA kau pendek :'D
Copyright© All Rights Reserved sikedingwanylee.blogspot.com