Fact ?

I've been tagged by Shamine and Maz Wanie for facts about me on instagram . Now this is the real fact , kalau tulis kat insta kang ramai haters pulak , so blog is the best place for me . Okay let's start

1] Nurul Zawani Binti Rosli Bin Sulaiman Bin Baiduri Bin Baharudin my full name as stated , you can call me anything tak kesahlah tapi kalau aku tak menyahut tu paham sendirilah . Aku ada darah siam campur melayu dari belah mak , darah cina campur indonesia dari belah abah

2] Dilahirkan di Perlis membesar di Selangor dan berkampung di Perak so aku boleh cakap 2 loghat oh lupa nak bagitahu aku lahir 3 hari sebelum merdeka , ha kira sendirilah eh . Aku jugak anak kedua dari 4 orang adik iaitu seorang abang , seorang adik lelaki dan seorang adik perempuan

3] Sangat suka dengar lagu (wajib dengar)  paling tidak sehari sekali . Aku suka lagu yang slow tapi rock and roll . Haha . Kebanyakkan lagu band band yang aku dengar dia lebih kepada rock or hardcore , once dia buat lagu sedih , memang sedih gila gila kalah lagu yang meleleh

4] Kasar serta brutal susah nak nampak manja melainkan dengan sahabat aku ja . Kadang sampai boleh jadi gila bila dengan diorang , suka tengok diorang happy dengan kegilaan aku . Teringin nak buat benda extreme macam sky jump , rock climbing to prove that i'm not weak , i'm different like other girl

5] Suka sangat 125 , sampai bila ternampak ja 125 lalu tak kedip mata . Hahaha tak kesahlah baru ka lama ka dari jauh aku dengar bunyi aku dah tau

6] Pendendam dan bukan seorang yang pemaaf . Ya ya ya , ini baru fact kan ? Berdendamnya aku sampai ke akhir hayat mungkin , macam arwah kawan baik aku meninggal disebabkan "someone" yang aku rasa sampai bila bila aku tak maafkan . Nak tau kenapa ? Nanti aku sambung dalam entri seterusnya

7] Paling tak suka make up , ntah tak tau kenapa . Padahal mak aku , adik aku serta makcik dan kawan aku semua kaki make up sampai mak aku cakap "kau ni kan kak tak reti nak lawa langsung" gila kau mak aku cakap macam tu . Haha . Well i love natural beauty walaupun aku tau aku tak lawa bila tak make up tapi aku tak kesah langsung , cantik tak menjaminkan syurga kan ?

8] Benda yang paling aku sayang selain handphone , earphone , purse , gelang serta lens ialah Domo , tak boleh berenggang tiap malam peluk , dah macam kembar aku . Hee

9] Boleh jadi gila bila nampak sneakers , tak kisah brand apa kalau lawa aku sebat ja , kalau aku ni tangan seni , habis semua kasut aku lukis , punyalah taknak sama dengan orang lain . Selalu kena marah dengan bestfriend aku sebab suka pakai sneakers , katanya tak girlish konon . Hm sedih

10] Suka tengok orang skate , sama macam nombor 5 lah senang , Teringin nak jadi skateboader macam pro pro yang ada sekarang tapi tak pernah ada peluang dan ruang . Siapa nak ajar seh

11] Pemalu dan pendiam kalau dengan orang tak kenal , tapi kalau kau dah mula sembang dengan aku mesti kau sakit hati sebab aku tak berhenti cakap . Akak ofis aku sampai ingat aku tak datang kerja sebab sunyi ja padahal aku duduk sebelah meja dia ja pun . Maybe aku terlalu diam , mana taknya cuba pikir nak sembang dengan siapa ? Aku bukannya ada geng praktikal pun kat sini . Lagipun aku buat kerja bukannya guna mulut

12] Pantang tengok alat tulis semua nak beli sampai penuh pencil box , guna tak pun , kumpul ja . Hihi

13] Tak suka tiru orang atau orang tiru aku . Sebagai contoh aku beli kasut converse dan kawan aku pun nak beli , boleh but with one condition tak boleh sama ! Tukarlah warna ka apa janji tak sama . Kalau dia nak sama jugak aku rela tukar benda lain tapi lepastu kau ngadap muka psyco aku sampai kau sakit hati okay

14] Food lover , tak pernah diet walaupun sekali , lagi lagi bab sushi ke laksa , perghhh ! Kalau dapat makanan ni tak ingat orang belakang dah . Haha

15] Cara aku cakap macam marah padahal tak langsung , selalu macam tu , sorry kawan , susah nak ubah , inilah diri aku , aku tak marah pun , mungkin cara aku cakap je "macam" marah . Hee

16] Suka digelar Yuna sebab dulu suka lilit shawl berbelit belit , tapi sekarang nah pakai tudung bawal ja senang takda lambat nak pegi kelas ke praktikal ke , cuma aku tak suka tudung sarung it was like buruk gilaaa weh . Aku terkilan satu ja , arwah kawan baik aku pernah suruh aku ajar dia pakai shawl macam aku selalu pakai , tapi tak sempat aku nak ajar , padahal hari hari dia mintak aku ajar dia

17] Sangat tertarik kepada jejaka yang bersuara merdu , sebab aku kurang memilih bab2 kacak ni , sebab tu most of my ex semuanya suara sedap , okay ni serius tak tipu tapi kalau dapat yang handsome tu bonus baqhang yelah kalau suara sedap , mengaji for sure lah sedap kan ? Aumm ❤️

18] Photography is my life . Tak boleh berpisah , aku bukan photographer yang pro , aku cuma photographer untuk diri sendiri , photographer jalanan ja . Most of my picture is based on natural life . Benda ni buat aku rasa puas . Haa , aku ni tak suka orang amik gambar aku , melainkan diri aku ja

19] Kaki jalan , kalau tak berjalan boleh tepu otak aku . Sebab tu most of my bestfriend paling suka ajak aku keluar sebab aku tak pernah kata "taknak" sampai diorang kata "kau ni kan Wany kalau ajak keluar tak pernah tak okay , semuanya okay" as stated lah aku memang dilahirkan sebergini

20] Suka keluar malam sebab sejuk serta sunyi . Tak suka lepak dekat tempat yang ramai orang macam mall , pheww berpeluh ! Rimas . Kalau nak ajak aku lepak , lepak kat tempat yang sedap mata memandang serta tak sunyi macam taman ke tasik ke okay ✌️

21] Benda yang berwarna warni dan aku memang tak boleh berpisah , macam pelangi , subahanallah . Jatuh cinta ❤️ Tak lupa jugak favorite color aku semestinya biru dan merah . Tapi kebanyakkan barang aku berwarna coklat . Eh macam mana tu ? Ntah aku pun tak paham

22] Membaca , menulis dan mengira is my favorite tapi menghafal tak suka . Hahaha . Pernah jugak terfikir nak jadi penulis tapi kadang jelah sebab tuu dengan adanya blog aku boleh tulis apa ja yang aku nak , em macam dah tercapai pulak cita cita tu . Hehe . Dulu berangan nak jadi peguam , lepastu pramugari , tapi sebab payah sangat nak jadi askarlah sebab minat aku lebih ke arah itu kot

23] Masih lagi menuntut dalam jurusan Banking and Finance , baru diploma ja . Dekat Politeknik Ungku Omar yang tercinta . Nak tau something yang sakit hati ? Aku ni tak minat akaun , aku berharap untuk diploma ni dapatlah aku lari rupanya jodoh dengan akaun ni memang kuat . Hm . Masa apply poli ni pun kawan aku yang uruskan semua , aku just bagi nombor ic dengan alamat ja . Aku ingat dia apply course IT ke apa sebab aku memang gila IT tapi hampeh dia apply course yang dia minat untuk aku , so dapatlah satu course dengan dia . Takpa aku redha walaupun aku tak minat , dia dah tolong apply tu kira baiklah kan ?

24] Tak pandai menipu . Haha yang ni lawak , tau tak aku ni selalu menjadi punca plan kawan kawan aku fail , aku selalu akan spoilkan plan diorang . Yelah nak suruh aku menipu macam orang pro , manalah aku reti , dah tu mesti rasa nak gelak sampailah kantoi . Pahtu marah aku . Ah sabar jelah dah cakap tak reti kan . Grr

25] Hanya cinta seorang jejaka daripada semua jejaka yang ada kat dunia ni selain family aku . He is the one and only . Siapa dia ? Biarlah aku simpan sampai perasaan ni hilang and i meet the new guy one day . in sha ALLAH . Hope so :)

Dumped ?

Harini aku nak cakap pasal "dumped" korang tau dumped tuu apa ? As i know , dumped tuu mcm kau di clashkan oleh pakwe ke makwe kau . Aha . Okay , kenapa aku nak cerita pasal benda ni ? Sebab aku rasa benda ni macam berjangkit dan berkait . Mana taknya , aku baru ja kena dumped dengan someone then aku punya sahabat pun kena . Korang mesti cakap "alaa biasalah tuu" "adat berpasangan" "takda jodoh" dan sebagainya kan ? Aku faham kenapa korang akan cakap macam tuu . Tapi korang pernah tertanya tak macam mana perkara macam ni boleh terjadi ? Well , this is the answer

First of all , ceritanya bermula dari aku , aku baru ja kena dumped dengan someone yang aku sayang sangat , sayang aku tuu sampai ke hari aku menaip entri ni pun aku masih sayang kat dia . Mesti tertanya kenapa aku boleh kena dumped dengan dia ? Okay , sebab dia kata dia takda hati nak bercinta atas sebab sebab yang hanya aku dan dia ja yang tahu . Dan aku dengan baik hatinya lepaskan dia dengan cara baik . Tapi lepas a few week , he meet his new girlfie and me was like "damnn you" hahaha . Gila kau tak cemburu , marah jangan cakap lah , come on guys , aku manusia mana boleh tipu hati aku tapi aku boleh tipu dia , pura pura macam aku takda heart feeling lagi dengan dia , padahal bila dia chat aku , aku punya senyum , aku punya gembira ALLAH ja tahu , bila dia sentuh pasal orang lain aku sedaya upaya bagi nasihat yang terbaik . Mungkin sebab aku nakkan yang terbaik untuk dia , you know what , maybe this we call as true love , aku support dia dengan awek dia sepenuhnya , walaupun hati aku tengah ditebuk hidup hidup , aku tahankan ja , aku percaya ALLAH nak uji aku , nak jadikan aku lebih tabah dan aku belajar dari kesilapan aku

Aku tak rasa rugi bila jadi macam ni aku rasa ni kifarah atas kesalahan lama aku . Bila semua ni jadi , aku dah mula hilang diri aku yang lama , yang ceria , kecoh , bising , happy go lucky , periang . Semuanya hilang secara perlahan tanpa aku sedar . Semua tegur "kau dah lain Wany" aku baru sedar , kerana cinta manusia aku binasa , bukan salah dia tapi salah aku sebab pilih jalan yang salah

Betul orang cakap kalau nak jatuh cinta tuu sekilas pandang pun dah boleh jatuh cinta , inikan lagi mengadap muka orang yang kita sayang tuu hampir setiap hari . Dahtu bila dah berpisah kau nak lupa bukan main payah , lepastu mulalah merapu buat benda pelik . Macam tuu jugak sahabat aku , bila sama sama kena dumped aku rasa macam , weh biar aku jelah yang tanggung benda ni walaupun kadang kadang aku rasa lebih baik mati dari tanggung sakit yang bukan kepalang ni , janganlah korang yang kena , sakit sangat wehh . Aku ni yang baru ja dah sakit macam nak mati , korang lagilah dah bertahun , dah siap nak tunang lagi . Aku tak dapat nak bayangkan bertapa sakitnya korang nak tanggung sakit ni

Malam semalam kita lepak , mencurahkan segala masalah masing masing , aku ingat aku yang paling teruk , tapi lepas dengar masalah korang , aku hampir mengalirkan air mata , korang tak nampak kan ? Ya itulah aku , aku takkan pernah menangis depan korang walaupun sebesar dan seberat mana masalah yang aku tanggung

Ema aku tahu kau kuat , jangan disebabkan lelaki kau berubah ke arah yang macam tu , kitorang sebagai sahabat kau masih mampu membahagiakan kau , bukan dengan cara yang kau pilih ni . Aku tahu , 5 tahun bercinta bukan senang kau nak lupa semua kenangan bersama , pahit manis bersama hilang begitu saja . Cuma satu , ingat pesan Shasha "jangan menangis disebabkan lelaki , dia tepuk tangan bila kita menangis disebabkan dia" belajar Ema , belajar dari salah kita

Shasha , gadis paling tercantik dan tersopan antara kita . Tiap yang melihat mesti tertarik . Dulu seorang gadis yang mudah berubah hati , tapi kini menjadi gadis yang matang dan setia , tapi sayang , kesetiaannya dirobek macam tuu ja , hampir semua persiapan pertunangan dah dibuat tapi apa yang jadi ? Kau ditinggalkan macam tu ja , jantan tak guna tuu tinggalkan kau tanpa khabar berita , kemana perginya sumpah bakal mengahwini kau ? Sumpah atas nama ALLAH serta rasul . Astagfirullah hal azim , wahai jantan tak guna , ingatlah kau , kau bakal makan sumpah yang kau lafazkan , kau tunggu kifarah kau tak lama lagi . Kau ingat sahabat aku lemah macam dulu ? Kau silap . Aku akan pastikan kau akan menyesal buat dia macam tu , kau bukan sahaja memalukan dia , kau memalukan keluarga dia serta nama seorang polis , kononnya polis penyiasat . Heh . Kau hanyalah DAYUS , ya DAYUS . Aku akan pastikan ALLAH balas kau setimpal dengan kesalahan kau dan akan aku pastikan hati Shasha yang lembut tuu takkan berlembut lagi dengan kata kata manis kau yang plastik

Sungguh aku percaya , bahawa perempuan baik dengan lelaki yang baik , bergitu juga sebaliknya . Mungkin antara korang akan cakap "eh , ada jugak yang baik untuk yang jahat" ya aku tahu , tapi kau tahu tak yang jahat itu mungkin akan berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya , begitu juga yang baik . Mungkin juga dia baik tapi dimata kita jahat . Manusia , susah nak dirungkai . Wahai sahabat , ingatlah , jodoh kita telah ditetapkan ALLAH , cuma lambat atau cepat ja ALLAH nak bagi . Ada satu hari aku dengar tazkirah daripada seorang seorang ustaz ni dia cakap ALLAH dah tetapkan satu nama sebagai jodoh kita . Tapi ada pendengar yang bertanya "ustaz kalau betul semua orang ALLAH dah tetapkan jodoh , kenapa masih ada orang yang masih belum bernikah sampai ke akhir hayat ?" Tahu tak ustaz tu jawab apa ? Dia cakap "ALLAH dah tetapkan semua jodoh , tapi kalau masih ada yang belum bertemu jodoh sampai ke akhir hayat mereka , mungkin jodoh kamu dah meninggal atau belum dilahirkan , kerana ada jugak yang bertemu jodoh dengan orang yang lebih muda , contohnya muda 20 tahun" aku pun terfikir , ohh macam tuu rupanya . Itulah kali terakhir aku berfikir soal jodoh , sehingga hari ini aku tak pernah fikir soal lelaki , jodoh , mahupun nikah , bagi aku , aku dah buangkan semua fikiran aku berkaitan benda ni semua , satu masa nanti akan aku cari dan fikirkan semula . in sha ALLAH

Welcome twently little girl

Selamat ulang tahun kelahiran yang ke 20 Untuk diri sendiri dan juga kembar tarikh lahir iaitu Azahari my ex primary schoolmate dan sekarang dah jadi polimate serta coursemate merangkap senior aku . Berkongsi tarikh lahir tak semestinya perangai sama , aku pandai sikit dari dia dan dia pandai banyak dari aku . Hahahaha . Dulu masa sekolah rendah memasing muka selenge ja , tapi bila dah besar ni makin handsome pulak si Azahari ni , ramai tegur kata dia handsome . Okay kalau kau baca confirm kembang . Haha . Tapi ni real beb . Tak tipu , puji ikhlas . Hee ✌️

Okay meningkatnya umur aku ke 20an maka selamat tinggallah 10an aku mesti rindu angka belasan tahun . Macam tak sangka dah 20 and people will say "eh dah 20 dah boleh kawin ni" heh . Nyampah pulak bila orang cakap macam tu . Well sebenarnya aku berharap aku akan jadi lebih matang dari sebelum ni . Berubah , itu ja yang aku harapkan . Semoga ini menjadi titik permulaan perubahan aku . in sha ALLAH

Aku tak kesah sangat kalau ada yang lupa birthday aku , tapi kalau sahabat aku lupa memang aku gigit lepastu hisap darah korang , sampai hati lupa ey . Hahaha . Cause you all is the one and only that i need to complete my life after my family . Dan aku belajar satu perkara , men and women cant be bestfriend
Copyright© All Rights Reserved sikedingwanylee.blogspot.com