Stalker ?

Actually what do you get when you stalker me? Puas? sebenarnya yang kau dapat tuu puas sakitkan hati sendiri. Kau stalker aku lepastuu post dekat laman sosial yang lain, tak namanya munafik ke? Hmm, aku dah penat nak gaduh2 dengan korang, kita bukan baru kenal semalam, dah lama. Kau sendiri boleh nilai diri aku macam mana, tapi kenapa permusuhan jugak yang kau pilih? Kita dah matang, dah boleh berfikir dengan lebih baik, kalau kau tetap dengan perangai kau ni, dengan sesiapa pun kau susah nak berkawan. Bila aku cuba berubah mesti ada halangan yang akan muncul. Awak, perubahan bukan dalam sekelip mata boleh berlaku, aku masih cuba untuk istiqamah tapi susah

Gaduh sebab lelaki? Wooo!! sangat tak matanglah sayang. Kau terus nak bash aku pasal "seseorang" kenapa? Padahal kau sendiri nampak kenyataannya aku tak layan "dia" macam kekasih aku pun. Aku layan dia sama macam mana aku layan orang lain. Pasal panggilan nama pun kau nak cemburu. Alahai kawan, aku baru kenal dia, takkan terus nak bahasakan diri "aku kau" tak manis kan. Aku bukan jenis tikam belakang kawan lah, walaupun kau tak rapat dengan aku. Lagi satu, kalau kau tak puas hati dengan aku terus terang je, jangan nak tweet perli sangat kay sayang

Aku ingat lagi kata-kata kau "jangan post apa-apa dekat laman sosial, masalah ni biar kita settle sendiri" tapi hakikatnya lain, kau yang selalu buat macam tuu. Bila kau sakit hati dengan sesiapa mesti kau update status dekat FB. Come on girl!! kau makan kata-kata kau sendiri. This not the first time. Banyak kali dah, aku perhatikan. Kau suka sangat guna ayat kiasan yang macam "kakak" kau tuu ajar kan? (kau yang kata) Beb, aku bukan baru lahir harini, aku dapat tangkap setiap perkara yang kau maksudkan tuu. Macam ni lah sayang, lepasni kalau kau sakit hati dengan aku face to face je. Aku bukan nak marah kau tapi nak jernihkan keadaan yang dah lama keruh ni. Bukan apa, aku tak suka bila kau tegur aku dalam senyuman tapi disebalik senyuman yang palsu itu penuh dengan penipuan. Kau faham kan bahasa kiasan? so aku tak perlu nak terangkan lagi

Dendam boleh menjadi kanser dalam kehidupan. Itu je aku nak cakap. Kau dah besar, faham sendirilah ye. Aku cuma kesal sebab kau tak boleh nak bezakan gurau dengan memalukan. Dulu kau selalu backup aku, tapi makin lama kau berubah. Kau tak macam yang aku kenal dulu. Mungkin kau nampak aku ni kejam. Okay, kalau aku kejam dari first time kenal kau aku dah kejam dengan kau, tapi tak kan? Aku pelik kes gaduh haritu melibatkan 3 orang, tapi bila part aku je kau susah nak maafkan. Taknak maafkan aku tuu hak kau, terpulanglah aku terima je apa keputusan kau. Aku cuma nak ingatkan, orang yang memutuskan silaturahim itu takkan dapat bau syurga. Kalau kau masih nak bermasam muka dengan aku terima kasih kawan. Ahaa, sebelum aku lupa, thanks ye sebab post dekat FB kalau tak puas hati dengan aku, cuma lebih baik kalau kau tag nama aku sekali senang boleh settle masalah kan?

Kita takkan dapat nak puaskan hati semua orang. Pada kita semuanya nampak baik dimata orang lain semuanya teruk. Belajar memaafkan orang lain itu lebih baik daripada meminta maaf. Biar jahat kita nampak depan-depan jangan jahat dibelakang. Jujurlah aku memang jenis kasar, aku tak pandai nak berpura-pura baik, pura-pura sopan, dah memang aku jenis macam ni, janji aku tak kacau orang lain. Sahabat aku je kenal perangai aku  ni macam mana, diorang banyak sabar dan ubah aku. Manusia yang baik ialah manusia yang banyak memberi manfaat kepada manusia yang lain. Kesimpulannya, kalau stalker diam-diam, jangan buat kantoi, sebab bila kena bash nanti jangan salahkan orang yang kita stalker tuu . Sekian . Assalamualaikum bakal jenazah

Raya 2013

Raya kali pertama sebagai pelajar. Macam-macam dugaan yang ditempuh. Cuti kerajaan bagi seminggu je, mestilah tak cukup. Tapi raya tetap raya kan? Yang tak meriahnya raya kali ini adik aku yang perempuan tuu takda, dia balik raya kat rumah opah dekat Chemor tuu. Alahai, sunyi sangat rumah ni tanpa kau Ifah. Tak cukup kuota tahu! HAHA

Raya tahun ni sunyi sangat sebab tak dapat nak jumpa MSM , lagi-lagi Mine, rindunya subahanallah Allah sahaja yang tahu. Tapi alhamdulillah aku sempat juga jumpa Shasha, Ema dengan kembar aku yang gedik tuu, si Amirul. Hawa si diva pon tak sempat nak jumpa. Hmm, mungkin takda rezeki. Nanti aku cuti kita jumpa ya sayang . Uhibbuki fillah!!


Dipagi raya rembat Nikon abah sebentar . Masa ni takda orang kat rumah so its were mine. HAHA



 Bukan selalu dapat peluk cium abah. Rindu masa ni. Time raya ni dapat, kalau hari lain memang susahlah. Nanti abah kata aku ni buang tebiat pulak. Hee  Abah!! ILOVEYOUSOMUCH <3




Kalau dekat poli aku mesti rindu saat bersama dengan mak. Dekat rumah mak lah yang jadi pendengar setia masalah aku, selalu membebel, aku tahu mak buat semua tuu sebab sayang kat aku, kan mak kan? Mak !! ILOVEYOUMORE <3



Aku paling suka gambar ni, serius sweet sangat. Moga hubungan mak dan abah akan kekal sampai bila-bila



Gambar ini masa beraya dekat rumah Opah Wa dekat Ipoh . Them is my soul. Cik Ana dengan maksu dah nampak macam sebaya dengan aku. Jiwa muda diorang ni. Hihi

Copyright© All Rights Reserved sikedingwanylee.blogspot.com