Jamuan Perpisahan

Semalam punya cerita , kami kena buat satu event untuk subject Soft Skills . So lepas buat perbincangan semua setuju nak buat Jamuan Perpisahan sebelum Latihan Industri (LI). Yelaa , sem depan kami semua LI mesti tak jumpa lagi sampai sem 5 so inilah gelagat kami semalam 



Semalam punya cerita . Berbaju koperat Diploma Kewangan dan Perbankkan (DKB) . Photo by Canon . Haa . Rasa comel bila pakai baju koperat ni aku sendiri pun tak tahu kenapa . HAHA . Ehh , nampak tak nombor 8 kat tudung tuu ? Haa . itu nombor bertuah aku . Hee , saja nak bagitahu . Lalalala ~


Megala dapat hadiah daripada aku . Besar kan hadiah tuu ? Hee . Dalam tuu ada bantal je . HAHA . Hadiah aku paling besar . Segannya !!



 Yeaayyy ! Masa cabut undi lepas Megala dapat hadiah aku tuu , aku dapat hadiah daripada Izzaty . Hee . Thanks kawan !


Okay kenalkan ini KEMBAR aku . Aku suka panggil dia Teah . HAHA . Dekat poli ni aku sentiasa berkepit dengan dia je . Pergi kelas sama-sama , group ke semua sama-sama . That why I LOVE her so much <3



Mereka ni pun orang-orang yang rapat dengan aku dekat poli ni selain Teah . Sentiasa bersama





Ini semua classmate aku yang aku sayang gila . Walaupun tak cukup seorang tapi kami happening sangat . Aku bakal rindu korang semua sem depan . In sha ALLAH kalau umur panjang sem 5 kita jumpa lagi ya kawan-kawan . You'll are my soul , my heartbeat , my everything

I LOVE YOU ALL SO MUCH <3

NICKNAME

GREEN APPLE ? Aku ingat lagi orang yang bagi aku nama ni . Rindu Adrian dengan semua classmate aku masa zaman sekolah menengah dulu . Disebabkan aku selalu pakai baju Kadet Remaja Sekolah (KRS) tuu satu kelas pakat panggil aku Green Apple . Rindunya nak dengar dia orang panggil aku macam tuu . Rindu nak pakai baju KRS tuu lagi . hmm . 

CIK APPLE ? Haa , nama ni merupakan salah satu nama yang aku suka . Tak tahu kenapa , tapi bagi aku sedap disebut dan didengar . Hee .

CIK BUAH ? Nama yang paling pelik yang pernah aku dapat daripada seorang kawan BBM aku . Dia bagi nama ni sebab nickname aku masa tuu aku pakai "Cik Apple" . Dia kata susah nak sebut Cik Apple so dia bagi nama Cik Buah dekat aku . Hee . Thanks Malim . Sampai sekarang cuma ada seorang je kawan BBM aku yang panggil aku Cik Buah iaitu Opie .

WANY LEE ? Ramai yang tertanya-tanya kenapa aku letak LEE kat belakang nama aku tuu , padahal aku bukannya anak Cina . HAHA . Lee tuu sebanarnya singkatan daripada nama abah aku . Dah abah aku nama Rosli aku pun letak lah Lee kat belakang nama aku tuu walaupun muka aku takda rupa Cina langsung . Ehh , tapi aku ada jugak darah Cina sikit . Moyang aku dulu tuu Cina . Hee .

WANY VANS ? Mesti korang pelik kenapa Vans kan . Kalau korang ni skateboarder mesti korang tau pasal kasut Vans . Aku ni bukannya pandai main skateboard pun tapi aku dapat nama tuu daripada seseorang yang pernah aku sayang . Aku dapat perkataan "Vans" tuu daripada skateboard dia . HAHA . Sejak dari harituu aku sayang dengan nama Vans tuu . Tak kisahlah kasut , baju , beg ke semua yang ada perkataan Vans akan buat aku tertarik . 

AHMOI KEDING ? Nama yang paling aku rasa kelakar . HAHAHA . Mana taknya aku mana ada rupa Cina pun . Keding ? dulu lah , sekarang aku rasa aku makin tembam . Mana taknya sehari berapa kali makan . Aku mana pandai diet-diet ni . Kalau dulu selalulah jogging dengan kembar tak seiras aku si Mirul tuu . Bila balik Ipoh memang takda masa nak jogging . Takda siapa pun nak teman . hmm . 

B E N G A N G ! ! !

Bengang !! Hari yang dimulakan dengan bad mood . Mana taknya , bangun je dari tidur ingatkan awal lagi , aku pun gosoklah baju lambat-lambat . Ingat aku siap awal pagi ni so takdalah Teha si kembar aku tuu bising sebab aku lambat siap . Tapi malang betul nasib aku pagi tadi . Tengah-tengah gosok baju tuu Teha sampai . Agak pelik sebab dia selalu datang dalam 10 minit sebelum kelas start . Kelam kabut aku siap . Rupanya jam handphone aku tuu tak betul . Arghhhh !! Tension betul pergi kelas pagi tadi . Cuba bayangkan tudung selebeh , baju tak gosok habis dengan muka baru bangun tidur . Memang benganglah jawapan dia --"

Tapi alhamdulillah kelas English berjalan dengan lancar , sambung kelas Soft Skills tadi pun okay . Masuk je kelas Bank & Product ada orang sampaikan satu berita yang agak sedap didengar untuk buat gaduh . Sejarah lama berulang kembali rupanya . Haa , ini memang makanan aku time tengah bad mood ni . Memang saja nak cari sakit eh ? Aku jenis memang tak stalk orang-orang yang tak penting dalam hidup aku . Tapi disebabkan aku dah tahu pasal moment kau kat WECHAT tuu agak berapi jugaklah hati aku yang brutal ni . Aku dah cakap banyak kali dekat kau . Kalau tak puas hati cerita , jumpa depan-depan tapi kau ? Kau tetap pilih nak jaja cerita kau tuu dekat laman sosial yang sah-sah orang sekeliling aku akan cerita . Kau sebenarnya nak apa eh ? Masih tak puas hati dengan aku ke ? Aku dah buang kisah lama kita jauh-jauh , tapi kau ? Cubalah berubah sikit . Aku PENAT ! tau tak PENAT ! 

Aku memang degil , MSM dengan sahabat-sahabat aku yang lain semua dah cakap dengan aku "Wani , dia dah buat kau macam-macam tapi kau still nak kawan dengan dia" aku ingat lagi Ema cakap "Dahlah Wani , kau tak payah kawan dengan dia lagi" Semua tak bagi aku kawan dengan dia , tapi aku ? Aku tetap dengan pendirian aku , tetap nak kawan dengan dia . Motif ? Sebab aku jenis cepat marah , cepat reda , tapi susah nak maafkan orang . Aku masih layan dia baik-baik tapi apa yang aku dapat ? Pasal hal kecik pun boleh jadi besar akibat daripada sikap kau yang "TAK MATANG" tuu . Bila kau nak berfikir secara matang ehh ? Aku takut tahap kesabaran aku habis bila-bila masa je . 

KAWAN . Laman sosial ni bukan kau seorang yang punya , kalau semua pasal hidup kau nak cerita dekat laman sosial baik kau cerita dekat MYSPACE takpun meh aku buatkan blog untuk kau cerita kat satu dunia pasal aku dan hidup kau yang "menarik" tuu . Aku nak jatuhkan kau senang je kat sini . Tak payah guna orang lain . Tapi aku taknak , sebab kau pun tahu aku macam mana , kau kenal aku lama dari orang lain . So untuk peringatan "jaga mulut kau sebelum aku bukak mulut" okay "SAYANG"

Moody day

Tears dropped again and for this time I'm really hurt . But its okay i'm still loving you dear . My love towards you never fade same as my fake smile and my fake laugh . Kadang-kadang air mata itu salah satu ubat untuk bersihkan hati kita yang kotor ni . Terima kasih sebab pujuk saya even saya tetap pura-pura tak merajuk dengan awak . Saya tetap tunggu goodnight wish dari awak tapi . . . . . 

Hari busy sedunia

Pheww *kesat peluh* penat gila satu harini keluar je memanjang . Bertolak dari rumah ke Ipoh dengan abah pukul 3 pagi . Aku dah bantai tidur dulu dalam kereta , tapi abah drive sorang-sorang . Last-last berhenti kat R&R dalam subuh turn abah pulak yang tidur . Hee . Pukul 8.45 baru gerak menuju ke Ipoh dari hentian Tapah . 

Sampai je rumah , mandi siap-siap nak keluar dengan kak long sayang pulak . Ingat nak pergi makan kat luar , tiba-tiba housemate sampai dengan family dia bawak makanan . Alhamdulillah , memang rezeki kami harini . 

Lepas je makan ingat nak keluar pergi jalan-jalan . Tapi aku boleh bantai tidur pulak , nasib kak long balik kejutkan . HAHA . Sorry kak long . Misi seterusnya merempit sat dengan motor senior ke Aeon Ulu Kinta , KARAOKE !! Dia punya sejuk dalam karaoke tuu ibarat duduk dalam peti ais . Menggigil macam orang kena parkinson . Kalau aku tahu sejuk macam tuu baik bawak sweater yang someone bagi tuu . Takdelah sampai menggigil .

Puas karaoke 3 jam , balik singgah singgah Polo sebentar tengok senior main bola lepastuu terus singgah pasar malam mencari sesuap nasi *cewah* 

Akhinya last sekali lepak RnO dengan kak long sambil blogging lepas dah settle semua assignment . Really tired . Malasnya nak pergi kelas esok !!!

Nampaknya lepasni rajinlah aku update blog ni sebab hari-hari lepak RnO . Haa . awak yang stalker tuu jangan macam-macam ya . HAHA *gelak sinis*

S A Y A N G

Terasa bahagia bila semalam gaduh besar , tiba-tiba harini manja semacam je "SOMEONE" tuu . HAHA . Btw sayang , thanks a lot for the treat , for lend me your shoulder until I fall asleep . Really sweet sayang and the most important thing is I really like that sweater . Love it so much ! Double love <3 <3 
Copyright© All Rights Reserved sikedingwanylee.blogspot.com