Dumped ?

Harini aku nak cakap pasal "dumped" korang tau dumped tuu apa ? As i know , dumped tuu mcm kau di clashkan oleh pakwe ke makwe kau . Aha . Okay , kenapa aku nak cerita pasal benda ni ? Sebab aku rasa benda ni macam berjangkit dan berkait . Mana taknya , aku baru ja kena dumped dengan someone then aku punya sahabat pun kena . Korang mesti cakap "alaa biasalah tuu" "adat berpasangan" "takda jodoh" dan sebagainya kan ? Aku faham kenapa korang akan cakap macam tuu . Tapi korang pernah tertanya tak macam mana perkara macam ni boleh terjadi ? Well , this is the answer

First of all , ceritanya bermula dari aku , aku baru ja kena dumped dengan someone yang aku sayang sangat , sayang aku tuu sampai ke hari aku menaip entri ni pun aku masih sayang kat dia . Mesti tertanya kenapa aku boleh kena dumped dengan dia ? Okay , sebab dia kata dia takda hati nak bercinta atas sebab sebab yang hanya aku dan dia ja yang tahu . Dan aku dengan baik hatinya lepaskan dia dengan cara baik . Tapi lepas a few week , he meet his new girlfie and me was like "damnn you" hahaha . Gila kau tak cemburu , marah jangan cakap lah , come on guys , aku manusia mana boleh tipu hati aku tapi aku boleh tipu dia , pura pura macam aku takda heart feeling lagi dengan dia , padahal bila dia chat aku , aku punya senyum , aku punya gembira ALLAH ja tahu , bila dia sentuh pasal orang lain aku sedaya upaya bagi nasihat yang terbaik . Mungkin sebab aku nakkan yang terbaik untuk dia , you know what , maybe this we call as true love , aku support dia dengan awek dia sepenuhnya , walaupun hati aku tengah ditebuk hidup hidup , aku tahankan ja , aku percaya ALLAH nak uji aku , nak jadikan aku lebih tabah dan aku belajar dari kesilapan aku

Aku tak rasa rugi bila jadi macam ni aku rasa ni kifarah atas kesalahan lama aku . Bila semua ni jadi , aku dah mula hilang diri aku yang lama , yang ceria , kecoh , bising , happy go lucky , periang . Semuanya hilang secara perlahan tanpa aku sedar . Semua tegur "kau dah lain Wany" aku baru sedar , kerana cinta manusia aku binasa , bukan salah dia tapi salah aku sebab pilih jalan yang salah

Betul orang cakap kalau nak jatuh cinta tuu sekilas pandang pun dah boleh jatuh cinta , inikan lagi mengadap muka orang yang kita sayang tuu hampir setiap hari . Dahtu bila dah berpisah kau nak lupa bukan main payah , lepastu mulalah merapu buat benda pelik . Macam tuu jugak sahabat aku , bila sama sama kena dumped aku rasa macam , weh biar aku jelah yang tanggung benda ni walaupun kadang kadang aku rasa lebih baik mati dari tanggung sakit yang bukan kepalang ni , janganlah korang yang kena , sakit sangat wehh . Aku ni yang baru ja dah sakit macam nak mati , korang lagilah dah bertahun , dah siap nak tunang lagi . Aku tak dapat nak bayangkan bertapa sakitnya korang nak tanggung sakit ni

Malam semalam kita lepak , mencurahkan segala masalah masing masing , aku ingat aku yang paling teruk , tapi lepas dengar masalah korang , aku hampir mengalirkan air mata , korang tak nampak kan ? Ya itulah aku , aku takkan pernah menangis depan korang walaupun sebesar dan seberat mana masalah yang aku tanggung

Ema aku tahu kau kuat , jangan disebabkan lelaki kau berubah ke arah yang macam tu , kitorang sebagai sahabat kau masih mampu membahagiakan kau , bukan dengan cara yang kau pilih ni . Aku tahu , 5 tahun bercinta bukan senang kau nak lupa semua kenangan bersama , pahit manis bersama hilang begitu saja . Cuma satu , ingat pesan Shasha "jangan menangis disebabkan lelaki , dia tepuk tangan bila kita menangis disebabkan dia" belajar Ema , belajar dari salah kita

Shasha , gadis paling tercantik dan tersopan antara kita . Tiap yang melihat mesti tertarik . Dulu seorang gadis yang mudah berubah hati , tapi kini menjadi gadis yang matang dan setia , tapi sayang , kesetiaannya dirobek macam tuu ja , hampir semua persiapan pertunangan dah dibuat tapi apa yang jadi ? Kau ditinggalkan macam tu ja , jantan tak guna tuu tinggalkan kau tanpa khabar berita , kemana perginya sumpah bakal mengahwini kau ? Sumpah atas nama ALLAH serta rasul . Astagfirullah hal azim , wahai jantan tak guna , ingatlah kau , kau bakal makan sumpah yang kau lafazkan , kau tunggu kifarah kau tak lama lagi . Kau ingat sahabat aku lemah macam dulu ? Kau silap . Aku akan pastikan kau akan menyesal buat dia macam tu , kau bukan sahaja memalukan dia , kau memalukan keluarga dia serta nama seorang polis , kononnya polis penyiasat . Heh . Kau hanyalah DAYUS , ya DAYUS . Aku akan pastikan ALLAH balas kau setimpal dengan kesalahan kau dan akan aku pastikan hati Shasha yang lembut tuu takkan berlembut lagi dengan kata kata manis kau yang plastik

Sungguh aku percaya , bahawa perempuan baik dengan lelaki yang baik , bergitu juga sebaliknya . Mungkin antara korang akan cakap "eh , ada jugak yang baik untuk yang jahat" ya aku tahu , tapi kau tahu tak yang jahat itu mungkin akan berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya , begitu juga yang baik . Mungkin juga dia baik tapi dimata kita jahat . Manusia , susah nak dirungkai . Wahai sahabat , ingatlah , jodoh kita telah ditetapkan ALLAH , cuma lambat atau cepat ja ALLAH nak bagi . Ada satu hari aku dengar tazkirah daripada seorang seorang ustaz ni dia cakap ALLAH dah tetapkan satu nama sebagai jodoh kita . Tapi ada pendengar yang bertanya "ustaz kalau betul semua orang ALLAH dah tetapkan jodoh , kenapa masih ada orang yang masih belum bernikah sampai ke akhir hayat ?" Tahu tak ustaz tu jawab apa ? Dia cakap "ALLAH dah tetapkan semua jodoh , tapi kalau masih ada yang belum bertemu jodoh sampai ke akhir hayat mereka , mungkin jodoh kamu dah meninggal atau belum dilahirkan , kerana ada jugak yang bertemu jodoh dengan orang yang lebih muda , contohnya muda 20 tahun" aku pun terfikir , ohh macam tuu rupanya . Itulah kali terakhir aku berfikir soal jodoh , sehingga hari ini aku tak pernah fikir soal lelaki , jodoh , mahupun nikah , bagi aku , aku dah buangkan semua fikiran aku berkaitan benda ni semua , satu masa nanti akan aku cari dan fikirkan semula . in sha ALLAH

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved sikedingwanylee.blogspot.com