Holla ! Assalamualaikum , harini nak story pasal mak aku . Semalam lepas mak balik kerja dia panggil abang nak cerita apa tah lepas tuu aku pun pegilah menyibuk sekali . Hee ✌️Tiba tiba mak cakap , "ha pegi tutup pintu kejap" dalam hati aku terfikir mesti mak nak cerita benda serius and like i say mak pun mula bercerita pasal orang kat tempat kerja dia , ohh lupa nak cerita aku banyak mewarisi sifat mak aku contohnya muka , muka aku ni memang garang gila , kalau orang tengok sekali mesti tak berani nak tegur , sama macam kawan aku kat poli , tapi bila dah start tegur hang taulah bertapa peramah dan gilanya perangai aku . Tapi hakikat sebenar aku tak garang tapi lebih kepada brutal lah sebab itu cara aku protect diri aku , tapi brutal aku masih mengekalkan ciri ciri kewanitaan , takdalah sampai mencarut ke menjerit ke , bagi aku brutal tuu macam keras bukannya mencarut , pakai baju macam gengster ke apa , tuu kelaut habis . Okay dah mula melalut

Mak aku ni kat tempat kerja ramai orang sayang sebab mak aku tak hipokrit macam orang lain . Nak dijadikan cerita bos mak aku ni sayang sangat kat sorang pekerja dia ni , kau tahu dia sayang macam mana ? Dia sayang sampai orang tuu datang kerja tapi tak buat kerja , main handphone sepanjang masa , rehat lebih , kerja sambil lewa tapi dia tak marah langsung , dah tuu kalau orang usik pekerja dia sorang ni mesti dia backup . Bila mak cerita aku rasa macam aku nak pegi jumpa ja makcik tuu . Grr ! Dah tuu bila orang atasan panggil mak aku ke terserempak ke , bos mak aku ni dari jauh kabut datang dia takut mak aku mengadu . Padahal sembang mcm tuu ja . Bila aku fikir balik mungkin pekerja kesayangan dia dah "guna guna" kan dia , mana taknya semua salah dimata dia selain pekerja kesayangan dia tuu . Huh !

Aku dan abang mula bengang , mak terus cakap "takpa abang , kakak , ingat satu ja , mak kerja nak duit halal yang berkat nak bagi korang makan , biar orang buat kita , jangan kita buat orang , mak memang tak kacau hidup orang , biar lantak apa nak jadi cuma satu jangan kacau hidup mak , diorang kacau je , siap diorang , jangan panggil nama aku" aku pun mula gelak dengan abang , mak ni kelakar lah . Haha . Tapi aku tau sejarah hidup mak , mak bukannya perempuan yang lemah macam perempuan melayu terakhir , pukul orang semua pernah jadi makanan hidup mak dulu , patutlah orang tak berani kacau mak . Hee

Aku rasalah kan , abang , aku , abi dengan Ifah ni ikut jejak mak dengan abah kot , semua gengster . Haihh . Mana taknya abah pun lagi bos besar dari mak . Hahahaha ! Sebab kalau sebut nama abah ja semua macam buat baik dengan aku kat ofis ni . Ha lupa nak bagitahu , aku praktikal kat company yang abah kerja . Hee . Haa , sambung cerita , aku Alhamdulillah setakat ni takda gaduh besar macam adik aku si Abi tuu , dahlah tak suka pegi sekolah , tapi kalau kawan dia call kata ada gaduh harini kat sekolah tak payah kejut , awal dah keluar rumah , bila takda kes gaduh kejut sampai simbah dengan air haram nak bangun . Grr ! Abang aku baik sikit lah , dia kalau gaduh pun kalau orang tuu usik kawan dia , woooo dia pantang kalau orang usik kawan dia , perangai abang macam abah dengan aku , aku kalau orang usik orang yang kitorang sayang , memang kena punya , tak kiralah muda ka tua ka , budak kecik sekalipun papp kena

Aku mungkin dibesarkan dalam keluarga yang agak brutal tapi ukhuwah antara kitorang macam air takkan senang orang nak pisah kan . Heh . Aku langsung tak kesah kalau kawan kawan aku kata aku ni kasar , brutal ka apa , at least aku tak hipo macam orang lain , depan kawan mak ai mencarut bagai , depan orang lain mak ai , lembut nak mampus , cakap baik gila macam takda dosa . Puii . Aku pulak kalau aku marah orang tuu tapi aku sayang kat dia aku akan diam , dan takkan pernah tegur orang tuu sebab kalau aku cakap , aku tau akan jadi 2 benda ja , sama ada aku naik tangan atau end up jadi musuh . Sebab masing masing ego . Heh . Itulah aku , no compromise , melainkan memang salah aku

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved sikedingwanylee.blogspot.com