Aku Khilaf . Alhamdulillah ya ALLAH

Assalamualaikum , disini aku NURUL ZAWANI BINTI ROSLI dengan lafaz BISMILLAHIRAHMANIRAHIM , memohon maaf kepada AWAK , KAWAN BAIK AWAK 
& DIA , kalau ada terasa dengan kata-kata dari blog saya nih . Lillahi ta'ala , semua nih aku buat sebab tak nak keruhkan lagi keadaan yang rumit nih . Terpulanglah korang kalau nak marah , maki atau bash aku sekali pon . Aku tak kesah dah . Dari mula memang aku yang salah . Salah sebab jatuh cinta dekat kau , salah sebab tinggalkan kau , salah sebab terlalu sayangkan kau , salah sebab tak boleh lupakan kau sampai sekarang . Kalau tahu semua akan jadi macam nih aku harap ALLAH tak temukan aku dengan kau . Aku harap kali nih apa yang aku buat tak menyinggung perasaan sesiapa pun . Aku kalau dah sayang seseorang memang seseorang tu je aku sayang , takde yang lain , percayalah , lillahi ta'ala . Aku memang sayang semua kawan-kawan aku tapi aku cinta kau sorang je . Semua nih aku buat dengan niat nak bagi kita ruang perbaiki diri kita balik , tapi lain yang jadi . Tapi takpe lah , kau pun dah bahagia kan ? Kawan baik kau pon cakap kau dah bahagia , mungkin kau bukan jodoh aku . Aku harap dia boleh jaga kau baik-baik , tak bagi kau bosan , selalu cerita masalah kat kau , tak membebankan kau , yang penting dia faham kau . Aku redha , cukup lah aku merana setakat nih , aku akan belajar lupakan kau , in sha allah aku cuba . Nombor telefon , gambar , voicenote & yang paling penting kod 445 & 454645664 semua aku dah buang , bukan niat nak putuskan hubungan silaturahim tapi , tak nak keadaan bertambah tegang . Misi terakhir ialah padam memory tentang kau dalam hati aku . Mungkin jugak ini post terakhir aku . Tak tahu lah dapat online lagi ke tak lepasni . Rasa nak tinggalkan laman-laman sosial nih buat sementara . Moga ALLAH  permudahkan segalanya . Amin . 

SAHABAT [SAH]

Assalamualaikum readers , dalam mood tengah baik nih aku nak story sikit tentang KAWAN BAIK aku , dorang tersangatlah OHSEMM . Firstly mesti korang tertanya2 apa maksud [SAH] tuu kan ? haa , saja nak bagi korang tertanya-tanya , SAH tuu maksudnya *SEHINGGA AKHIR HAYAT* 

Untuk makluman korang , kawan BAIK atau kawan RAPAT tak sama aow . Tapi SAHABAT merangkumi kedua-duanya . Korang mesti lah tahu orang yang first aku nak story mesti lah pasal MIRUL , dia orang yang selalu besama2 aku tak kiralah time susah mahupun senang . Dia nih boleh dikira macam abang aku dah , aku pun anggap dia macam keluarga aku sendiri . Mana tak nya , dulu time sekolah tiap-tiap petang aku jogging dengan dia , tapi tak berdua ehh . Cuma kadang-kadang je . Hmp , rindunya time tuu . Last aku jumpa dia 25 Januari yang lepas . Tuu pun nasib baik Ema ajak lepak , kalau tak memang tak jumpa dia lah jawabnya , Malam tuu dia sanggup temankan aku beli barang . Hihi . Thanks Mirul sebab sudi jadi kawan aku , aku rindu nak gaduh dengan kau . Tunggu aku cuti sem nanti kita jumpa ehh ATOK !! hee . 


Next is my dearest bestie , a.k.a. MSM *Member Sampai Mampos* Dorang nih ada 10 orang , termasuk aku . Aku ingat lagi , aku mula rapat dengan dorang start hujung tahun 2010 , last week Form 4 , time tuu aku ada masalah sikit dengan seseorang , then dorang datang backup aku & dorang ajak aku join dengan dorang . Sejak tuu sampai sekarang , doranglah kawan baik aku till JANNAH

Shamine
Mine nih suka sakat aku , tapi aku pon suka sakat dia balik . HAHA . Ya ALLAH , rindunya bila aku tengok gambar Mine nih , rindu dekat dia tak terucap . 2 bulan dah tak jumpa dia , last jumpa harituu sebelum aku masuk Poli . Demi ALLAH , aku tak
nak kehilangan dia :')

Fatimah 
Dia nih lagi aku sayang aow , Hihi . Nak tahu tak ? dulu aku benci gila dengan Ema nih , sebab dia kawan dengan budak-budak pandai . Yelah , satu kelas dengan aku tapi langsung tak bertegur dengan aku . Tapi tuu DULU . Sekarang aku kenal dia macam mana . HAHA , lawak kan sebab sekarang kitorang MSM , tuu lah kuasa ALLAH SUBAHANAHU WATA'ALA . Bila teringat haritu first time dalam sejarah dia berani datang rumah aku tengah2 malam sebab nak luahkan something . Bila ingat balik lawak jugak Ema nih , tapi tuu lah kenangan manis aku dengan dia , yang sampai bila2 pon aku takkan lupa :')

Shasha
Yang nih Diva eh . HAHA , taklah gurau je Sha . Dia jugak merangkap MSM yang aku teramat sayang . Dia nih jenis lembut tahap kapas tau . HAHA , sebab tuu aku suka jadi kawan dia nih . Susah sangat nak tengok dia marah . Sebab tuu aku susah nak marah atau sakit hati dengan dia :')

Hawa
okay , nih PA kepada Diva yang kat atas tuu . Hee . Serius aku sayang sangat-sangat kat Awok , dia nih memang banyak sangat persamaan dengan aku . Dia kalau masuk air , pecah lah perut korang gelak . HAHA . Awok nih satu je yang aku respect , attitude dia . Dia jenis yang open habis , kalau dia nak marah dia marah , takde nak cover . Aku kalau bab-bab gaduh tak cari lain dah , dia je yang aku cari . Dia pon kalau bab-bab gaduh aku lah dia cari . hehe :')

Ada lagi 5 orang MSM kan ? haa , dorang aku tak dapat nak kesan , sebab semuanya dah bawak haluan masing-masing tapi . Aku tak pernah lupakan dorang . Nanti aku sambung cerita pasal korang ea . iloveyou ASNA , SYIMAH , EDA , MERAN & FAZ . 



Uhibbuki fillah hatta fil jannah abadan abada ♥  saya sayang awk kerana Allah hngga ke syurga selama-lamanya



Alahai --"

Assalamualaikum , Hai bloggers !! Ehem2 , harini aku happy gila tak tahu kenapa . Semua tegur aku , cakap aku pelik harini . HAHA , maybe sebab somethings tuu kot . Aku sebenarnya dalam dilema nih , nak balik kamsis ke tak nak eh harini . Rasa macam tak nak balik je . Bosan lah kat kamsis tu . Dah lah roomate takde  . Nanti tidur sengsorang , lepas tuu dengar bunyi pelik . Haihh . Buku dah lah tak sentuh langsung , padahal start kelas nanti ada test . Sakit otak macam nih . Kak Long , dah 3 hari kat rumah opah nih dengan aku , makan kenyang je . Lepas tuu pukul 3 , 4 pagi tak tidur lagi . Yelah asyik online memanjang . Kak Long suka lahh sebab dia dah ada blog , ceh ! HAHA . Meh laa follow blog Kak Long aku senget nih . *jangan marah nah Kak Long iloveyou*

Risaunya dengan Mirul

Assalamualaikum bloggers . Hmm , sebenarnya takde mood lah nak story harini . Aku risaukan pasal Mirul nih . Tiba-tiba dia BBM aku nak mintak tolong . Pelik jugak sebab dia nampak okay je . Rupanya dia mintak aku tolong deactivekan akaun Facebook dia . Aku bukan tak nak tolong tapi aku nak tahu apa punca & sebab dia jadi macam nih . Bila aku tanya je , dia kata dia busy . Hmm . Aku tak tahu nak cakap apa dah . Makin hari dia makin pelik , makkin jauh dari aku . Aku tahu ada sesuatu yang dia sorokkan dari aku . Yang aku tahu dia sayangkan Teha lagi . Serius ! aku pelik dengan Mirul nih , dia bukan main sayang seorang perempuan tuu sampai sanggup bagi segala yang perempuan tuu nak , apa kurangnya dia , sampai selalu ditinggalkan macam tuu . Dalam banyak2 orang yang aku kenal dia je yang betul2 serius dalam setiap hubungan . Kalau diikutkan aku , nak je aku basuh bekas2 awek dia , tapi bila difikirkan balik , aku nih siapa nak buat dorang macam tuu . Aku nih kawan baik dia je . Takpe Mirul , maybe ALLAH dah tetapkan jodoh kau dengan orang lain , tapi aku doakan kau akan back together dengan dia . Mungkin masa nih , masa kau susah , mana tahu nanti aku susah . Aku tolong mana yang mampu je . Yang selebihnya ALLAH je yang boleh tolong kau . Cuma satu je Mirul , tolonglah jangan pendam semua yang kau rasa . Aku tak sanggup nak tengok kawan baik aku sedih macam nih , aku nak Mirul yang lama , yang selalu kacau aku , usik aku , kenakan aku , yang penting Mirul yang selalu gelak dengan aku . Aku rindu kau yang lama weyh . Tolonglah aku sanggup buat apa je janji kau kembali macam dulu . Okay aku faham mungkin kau nak ruang untuk tenangkan diri . Takpe , aku tak nak kacau kau , tapi bila kau rasa tenang , dah okay , kau carilah aku balik kay . Aku sentiasa ada untuk kau , anytime . Ana Uhibuki Fillah AMIRUL IZWAN <3

Rindu :)

Hye followers !! Assalamualaikum . Hee . Harini nak story pasal orang yang aku sayang & rindu . hihi . 

Firstly mood happy sikit sebab kak long kita datang rumah kita . hihi . Dia saja nak singgah2 rumah opah nii , so takda lah boring sangat kan . Tapi kesian kat dia sampai kat Medan Gopeng pukul 2 petang tadi , tapi aku lambat pulak amik dia dekat situ , almaklumlah makngah dengan maksu ada hal sikit seba tuu amik kak long lambat sikit . Kesian kak long 2 jam dia tunggu baru aku sampai . hihi . Sorry kak long tak sengaja pon . So bila kak long dah sampai sini , misi yang kedua ialah nak webcam dengan kak chik pulak , rindu sangat2 dengan adik aku sorang ni . Akhirnya misi aku berjaya , dapat jugak tengok muka dia , even dalam gelap , dah tuu malu2 konon , kunyah kang , hihi . Rindunya kat kak chik , dia lah yang selalu sakat aku kat kamsis tuu , yang selalu buat aku gelak , takut , yang penting aku happy sangat dapat kawan macam kau kak chik , BEST FRIEND FOREVER OKAY :')

Second ! Aku dah mula rindu dekat mak . Kejap je dapat jumpa mak . Mak balik Klang maghrib tadi , mula2 okay lagi , lepas aku cium tangan mak , tiba2 mak tarik tangan aku , cium aku , Ya ALLAH , kuatnya rasa rindu dekat mak . Mak mesti dah sampai rumah kan . hmp . Mak , akak rindu mak sangat2 , rasa macam nak mak selalu dekat dengan akak . Jujur ! Air mata akak mengalir sekarang ni , anak mak yang degil ni dah berubah mak , dulunya keras hati , sekarang mudah mengalirkan air mata , lagi2 bila duduk sorang2 , bermacam2 yang terfikir kat dalam fikiran ni. Macam2 masalah melanda akak mak . Kalau kat rumah , asal kita makan sama2 je mesti akak cerita masalah dekat mak kan ? tapi sekarang mak jauh , tak dapat makan sama2 , kongsi masalah sama2 . Tapi akak mohon ALLAH lindungi keluarga kita . Akak akan  lindungi keluarga kita , takkan siapa pon dapat usik keluarga kita . Apa2 pun mak 


ANA UHIBUKA FILLAH UMI ! AKAK SAYANG MAK SANGAT2 , TILL JANNAH , AMIN , AMIN , YA RABBAL ALAMIN
Copyright© All Rights Reserved sikedingwanylee.blogspot.com