KEM INTERGRASI 2011 DI ULU BENDUL NEGERI SEMBILAN

Kem paling best dekat dunia . Nak tahu sebab ape ? sebab buat pertama kalinya sekolah aku bergabung dengan sekolah SRI ANDALAS . Mule2 tak percaye , bengang , marah & macam2 lagi . tapi bila dah KAUTIM seronok pulak . RAJA ANDALAZZ adalah group yang paling best nak tahu kenapa ? . Sebab itulah group aku .  Dalam group aku ada 14 orang sebenarnya . tapi 2 orang lagi dah lari . so tinggallah aku (sebagai ketua . *ecehh nak mention jugak hehe) Farra , Syuhada , Eykin , Mia , Syawalia , Syanaz , Kudin , Adib , Mahathir , Roshan dan Syamer . Ketua Komanden name dy En. Borhan . Antare Fasilatornye Abang Mustafar , Abang Kamal , Abang K, Abang Ezra , Kak Wani . Kak Pa'a , Kak Nurzi , Kak Su & Kak Ann .

Hari PERTAMA :

Sampai je kat tempat perkhemahan fasilatator terus bagi taklimat . lepastu pasang khemah masing2 . malangnye MSM dapat khemah yang ROSAK dan itulah satu2nya khemah yang ada . so redha je larh . lepas solat maghrib kitorang dibahagikan kepada kumpulan masing2 dan cari nama kumpulan , sorakan , & tepukan . yang bestnye kitorang kene nyanyi lagu BARISAN KITA setiap kali sebelum buat aktiviti & bile fasi2 ajar kitorang TEPUK SEMANGAT. syok habis larh . habis je aktiviti ingat boleh tido . sekali kene SENTRI da . aha . first time pulak . tapi ad kejadian yang amat SAKAI . nak tahu ? budak2 lelaki datang kat khemah kitorang . lepak2 , meyemak siot . kene marah baru dorang blah . lepastu budak2 perempuan pulak buat hal MEMEKAK tak tentu pasal . last2 Kak Nurzi datang baling kayu kat khemah baru dorang senyap .




Hari KEDUA :

orang terakhir sentri ialah aku so awal2 lagi aku dah kejutkan dorang . lepas solat subuh kitorang buat exercise sikit , makan , & dengar taklimat yang fasi2 bagi sebab kitorang akan panjat GUNUNG ANGSI . permulaan pendakian dah salah jalan . banyak mase yang terbuang kat situ . tapi terkilan sikit larh sebab kitorang tak sampai ke puncak . turun je dari Gunung Angsi tu , penat nye , Tuhan saje yang tahu . abis je solat Zohor Abang Mustafar cerita tentang burung helang dengan anak ayam & ajar kitorang supaya yakin dengan diri sendiri . dah penat sehari suntuk akhirnya kitorang dapat jugak mandi SUNGAI . MALAM KEBUDAYAAN kumpulan aku cam loading siket so terima je larh . sebab takde idea . dah buntu gile . tapi kumpulan Fatimah paling GEMPAK beb . aku memang tak percaye kumpulan Syimah menang . tapi aku tahu sebab ape kumpulan dia menang sebab kes SUKE dekat cikgu . HAha .



Hari TERAKHIR :

awal lagi aku dah bangun kemas barang2 sebab hari nih dah nak balik . macam biase lepas exercise , makan . Aktiviti first kitorang pagi nih pelik siket . Lepas taklimat , kitorang semue kene TUTUP MATA . lepastu sume ketua kene panggil . penutup mata kitorang pown dibukak . tugasnye semue ketua kene panggil ahli kumpulan masing2 . rase macam senang tapi yang susah nye semua orang tutup mata kecuali Ketua . aktiviti kedua . kitorang kene angkat besen yang ada air ramai2 . kali nih kitorang jadi 2 group maksodnye PEREMPUAN vs LELAKI *HAha . aktiviti terakhir , kitorang jadi 1 group yang besar . kitorang kene masukkan MAKER PEN kat dalam botol . part nih memang sakit hati sebab kitorang kene KERJASAMA . dah larh kene gigit tali 2 . tapi takpe janji puas . Lepas mandi , kitorang kemas khemah masing2 & pegi MAJLIS PENUTUP . memang waktu nih sedih gile . rase tak nak berpisah dengan kawan2 baru . lagi2 kawan2 dalam group aku . aku dah mula sayangkan dorang . yelah 3 hari bersame . ape pown aku tak kan lupakan kenangan nih sampai bile2 .
Copyright© All Rights Reserved sikedingwanylee.blogspot.com