NICKNAME

GREEN APPLE ? Aku ingat lagi orang yang bagi aku nama ni . Rindu Adrian dengan semua classmate aku masa zaman sekolah menengah dulu . Disebabkan aku selalu pakai baju Kadet Remaja Sekolah (KRS) tuu satu kelas pakat panggil aku Green Apple . Rindunya nak dengar dia orang panggil aku macam tuu . Rindu nak pakai baju KRS tuu lagi . hmm . 

CIK APPLE ? Haa , nama ni merupakan salah satu nama yang aku suka . Tak tahu kenapa , tapi bagi aku sedap disebut dan didengar . Hee .

CIK BUAH ? Nama yang paling pelik yang pernah aku dapat daripada seorang kawan BBM aku . Dia bagi nama ni sebab nickname aku masa tuu aku pakai "Cik Apple" . Dia kata susah nak sebut Cik Apple so dia bagi nama Cik Buah dekat aku . Hee . Thanks Malim . Sampai sekarang cuma ada seorang je kawan BBM aku yang panggil aku Cik Buah iaitu Opie .

WANY LEE ? Ramai yang tertanya-tanya kenapa aku letak LEE kat belakang nama aku tuu , padahal aku bukannya anak Cina . HAHA . Lee tuu sebanarnya singkatan daripada nama abah aku . Dah abah aku nama Rosli aku pun letak lah Lee kat belakang nama aku tuu walaupun muka aku takda rupa Cina langsung . Ehh , tapi aku ada jugak darah Cina sikit . Moyang aku dulu tuu Cina . Hee .

WANY VANS ? Mesti korang pelik kenapa Vans kan . Kalau korang ni skateboarder mesti korang tau pasal kasut Vans . Aku ni bukannya pandai main skateboard pun tapi aku dapat nama tuu daripada seseorang yang pernah aku sayang . Aku dapat perkataan "Vans" tuu daripada skateboard dia . HAHA . Sejak dari harituu aku sayang dengan nama Vans tuu . Tak kisahlah kasut , baju , beg ke semua yang ada perkataan Vans akan buat aku tertarik . 

AHMOI KEDING ? Nama yang paling aku rasa kelakar . HAHAHA . Mana taknya aku mana ada rupa Cina pun . Keding ? dulu lah , sekarang aku rasa aku makin tembam . Mana taknya sehari berapa kali makan . Aku mana pandai diet-diet ni . Kalau dulu selalulah jogging dengan kembar tak seiras aku si Mirul tuu . Bila balik Ipoh memang takda masa nak jogging . Takda siapa pun nak teman . hmm . 

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved sikedingwanylee.blogspot.com